SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Wednesday, May 7, 2008

Diari

Hari Isnin [Mei 05, 2008] yang lalu adalah hari terakhir peperiksaan. Bukan saya yang menghadapi peperiksaan, tapi pelajar-pelajar UTAR. Saya rasa, pelajar-pelajar di IPT yang lain juga tak jauh beza tarikh musim peperiksaannya.

Sepanjang 2 hari ketiadaan pelajar, suasana di tempat kerja agak membosankan. Tambahan pula, Blok D tempat di mana terletaknya "ofis" saya, sedang dilakukan "renovation". Bilik-bilik di hadapan, bahkan di atas "ofis" saya diubahsuai. Hasilnya, habuk dan bunyi bising menguasai sekeliling. Semester hadapan, pasti Blok D akan lebih meriah.

Tengahari tadi, saya membeli nombor pin untuk mendapatkan "akses" borang permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Pertama kali hendak mengisi borang sebegitu rupa. Banyak perkara yang perlu diisikan ke dalam borang tersebut yang tiada di dalam ingatan. Terpaksa tangguhkan dulu.

Patutkah patut nombor angka giliran semasa menduduki peperiksaan SPM juga perlu diisi? Apa signifikannya? Melalui nombor kad pengenalan, pihak berkenaan tidak boleh menyemak status SPM kah? Musykil... musykil...

Tambahan pula ianya perlu diisi secara online. Sudah tentu bagi mereka yang tiada capaian internet di rumah akan terpaksa membawa segala macam sijil ke "siber cafe" untuk memastikan borang tersebut dapat diisi secara "total". Lebih-lebih lagi, pemohon hanya boleh mengemaskini permohonan sebanyak 3 kali sahaja, dan saya telah mensia-siakan satu sesi. Adakah ini satu rancangan kerjasama antara kementerian yang berkenaan dengan pembekal capaian internet? Kan dah tak pasal-pasal otak saya membuat hipotesis sendiri.

Semoga setiap agensi kerajaan dapat bekerja secara integrasi. Oleh itu, tidak perlulah rakyat mengingat bila tarikh periksa SPM, apa nombor angka giliran dan pelbagai lagi perkara yang tidak signifikan untuk dimasukkan ke dalam borang permohonan online. Cuma masukkan nombor Kad Pengenalan [MyKad], dah selesai. Barulah cepat, mudah dan tak memeningkan kepala.

3 comments:

Yazid Husain said...

mau jadi cikgu kah

aiyrie said...

Entahlah...
Masa di bangku sekolah dulu, memang itulah cita-citanya.

Bila melihat cabaran yang dihadapi oleh guru-guru zaman sekarang, rasa macam tak mampu pula.

Moga-moga, martabat para guru diletakkan kembali pada tempatnya.

DPLI tu bukan utk cikgu sekolah jer. Tapi utk jadi cikgu kat kolej komuniti KPM dan Politeknik. Kata kawan aku la. Aku harap, kalo aku dapat, maka, politeknik atau kolej komunitilah yang menjadi tempatnya.

Anonymous said...

all the best! insyaallah dapat tu.. :)..

~btw.. aku dah pindah.. wordpress plak..

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago