SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Tuesday, May 20, 2008

Setahun Bersama UTAR

Hari ini genaplah sudah setahun saya bekerja di UTAR sebagai Laboratory Officer. Maka, genap setahun jugalah saya meninggalkan Shah Alam secara rasminya.

Dalam setahun saya bekerja di UTAR, banyak jugalah pengalaman yang saya perolehi.Pelbagai ragam manusia telah saya lihati. Belum lagi ragam anak buah yang bertiga di rumah kakak yang saya tumpangi.

Pengalaman itu datang dengan pelbagai cara. Ada yang kita sedar, dan tak kurang juga yang kita tak sedar. Ada yang kita hajati, dan tak sedikit juga yang tidak kita ingini. Tapi sebagai manusia, semua itu mestilah dijadikan panduan bagi hari-hari yang mendatang.

Perkara lepas kita kenang. Dikenang bukan untuk menambah luka, tetapi sebagai ingatan.

Kepada Mr. CK Cheah, Ms. Chan JJ dan Cik Ardina, terima kasih kerana menjadi "collegue" yang baik. Adanya anda di UTAR menjadikannya ceria walaupun pada waktu kita berempat sahaja di blok D. Tanpa anda bertiga, pasti saya kebosanan tahap melampau.

Setahun di UTAR, menjadikan saya lebih faham akan kata-kata.....

INILAH UTAR

No comments:

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago