Assalamu'alaikum...
Kurang dua hari untuk genap sebulan saya tidak menulis di mana-mana blog saya. Mungkin ini akibat virus blog hiatus yang sedang melanda. Ada beberapa lagi rakan blogger saya yang terkena virus ini. Sayapun tidak pasti, saya berjangkit dari siapa. Mungkin saya yang menjadi pembawa kepada rakan-rakan blogger saya tersebut. Wallahu'alam.
Maka, selepas hampir sebulan ini tentunya ada cerita baharu yang ingin saya kongsikan bersama. Tapi, nampaknya sel-sel otak saya tidak mahu bekerja keras malam ini. Puas saya cuba memikirkan apa yang patut saya kongsikan bersama dari pengalaman saya dalam sebulan yang telah berlalu. Apa yang saya masih ingat, yang sememangnya signifikan untuk dikongsikan bersama adalah tentang kelas mengaji.
Mari Mengaji Bersama Ustaz Zamri
Pada hari khamis yang lalu, saya telah mengambil cuti. Selepas menyelesaikan perkara yang menyebabkan saya terpaksa mengambil cuti tersebut, saya diajak oleh abang saya untuk menyertai kursus pengurusan jenazah yang akan diadakan pada 12 hb Julai nanti. Pendaftaran hanya RM12 (yang akan digunakan untuk majlis makan-makan). Tanpa perlu berfikir panjang (kerana saya memang telah menetapkan dalam diri takkan menolak majlis Ilmu kecuali dalam keadaan yang terdesak), saya bersetuju. Maka, telah menujulah kami (saya dan abang saya) ke rumah Haji Man untuk membuat pendaftaran.
Sesampainya di rumah Haji Man, dipendekkan cerita, beliau mengatakan borang ada pada sahabatnya yang lain. Lalu telah mengajaklah beliau ke atas kami supaya datang pada malam hari ke Sekolah Agama Rakyat, Malim Nawar. Kerana pada malam harinya ada kelas mengaji dan mereka akan berkumpul di sana. Amat bijak cara Haji Man mempelawa kami menghadiri kelas mengaji tersebut.
Dipendekkan lagi cerita, maka pada malam harinya telah pergilah kami dua beradik dan ditambah pula dengan Encik Hafiz (yang selama ini aku hanya mengenalinya sebagai Lengkong) yang baru pulang dari kerja. Sebelum sampai disana, abang saya yang sememangnya telah mengetahui tentang kelas tersebut sedari awal berpesan kepada kami agar tidak ketawa apabila melihat orang yang telah berumur mengaji alif, ba, ta...
Dipendekkan lagi cerita (apa la.. berapa kali pendek la, tapi tak abis-abis jugak ceritanya...), sampailah kami bertiga ke Sekolah Agama Rakyat. Kami disambut oleh Ustaz ...(maaf, tidak tahu namanya), dan beliau mengajak kami melihat-lihat kelas mengaji. Memang benarlah, mereka belajar sedari awal. Kelas yang kami masuk, baru menggunakan buku Iqra' 2.
Kekaguman
Tidak terlintas di hati untuk menggelakkan mereka yang layak digelar abang atau mungkin pakcik dari sudut pandangan rakan-rakan sebaya saya. (saya anak bongsu, dan abang saya yang tertua berumur 67 tahun, maka saya lebih cenderung untuk memanggil mereka yang berumur 60 tahun kebawah sebagai abang dan saya baru berumur 26 tahun).
Apa yang terlintas di hati saya ialah perasaan kagum dan terharu. Kagum dengan semangat mereka untuk belajar walaupun telah bekeluaga. Terharu kerana mereka sanggup membuang rasa malu untuk belajar sedari alif, ba, ta.
Tidak dinafikan, ada juga yang membaca dengan merangkak, walaupun buku iqra' 2. Ini bukan satu hinaan buat mereka. Apa yang saya ingin sampaikan ialah kesungguhan mereka. Demi ilmu, mereka sanggup mengenepikan rasa malu. Biar malu masa sekarang, jangan bodoh sampai ke tua. Berbanding mereka yang tidak tahu, tetapi masih enggan belajar, mereka yang sanggup belajar ini lebih mulia. Dan saya ingin menjadi sebahagian dari mereka yang sanggup belajar ini.
Kesalahan
Apa yang saya sesalkan ialah sikap saya. Ya, saya mampu membaca Al-Qur'an. Tapi tidaklah terlalu baik. Masih tidak yakin dengan makhraj huruf dan tajwid. Maklumlah hanya mendapat pendidikan dari emak dan ustaz semasa di sekolah. Kemudian belajar dari buku-buku tajwid. Buku, mana boleh menerangkan cara membuyikan huruf dengan betul. Dengung, dengung yang macam mana? Banyak kekurangan jika hanya belajar dengan buku.
Disebabkan saya telah mampu mengenal huruf dan yakin dengan kelancaran bacaan saya (sekiranya mengenepikan makhraj huruf dan tajwid), maka saya meminta agar dapat menyertai kelas yang telah advance. Setelah pulang ke rumah, baru terasa betapa saya kelihatan riak dengan ilmu yang tak seberapa yang ada pada saya.
Saya ingin belajar dari awal semula, tetapi takut saya akan kebosanan. Mengulang benda yang telah diketahui. ya Allah, Engkau berilah petunjuk...
Kelas Fardhu 'Ain
Setiap bulan, akan ada kelas fardhu 'Ain yang dikendalikan oleh Ustaz-ustaz di tempat mengaji tersebut. Seminggu sekali. Dua kali pengajian Fekah, dan dua kali pengajian Tauhid, secara berselang dalam sebulan. Minggu ini, pengajian Tauhid. Besok malam. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, saya akan menghadirinya.
Kepada sesiapa yang ingin menyertai Kelas Mengaji ini, bolehlah datang ke Sekolah Agama Rakyat Malim Nawar. Hari Isnin hingga Khamis, selepas solat 'Isyak.

Ingat, tiada malu yang lebih dasyat dari dimalukan di Padang Mahsyar nanti.
3 comments:
kesedaran itu la yang paling penting. kita sbg manusia mmg wajib mencari ilmu lebih2 lagi menjurus kpd agama dan keperibadian yang tinggi..
alhamdulillah kamu telah diberikan taufik dan hidayah utk mengikut kelas mengaji...
=D
aq kembali semula
president:
semoga kesedaran itu berpanjangan sampai kita kembali ke alam sedar yang sebenarnya...
Encik yazid:
Saya juga telah kembali... entah mampu aktif lagi atau tidak. Agak sibuk kebelakangan ini....
Post a Comment