SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Sunday, September 21, 2008

Final Call

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

"Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun,
maka berikanlah daku keampunan"


Assalamu'alaikum...

Hari ini kita telahpun berada pada hari yang ke-22 dalam bulan Ramadhan. Ini bermaksud, malam ini adalah salah satu dari malam-malam ganjil dari malam-malam yang terakhir. InsyaAllah, moga-moga kita dapat bertemu dengan malam yang lebih utama dari seribu bulan. lailatul qadar.

Dengan masa yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita meninggalkan bulan yang penuh berkah ini, marilah kita tingkatkan amal kita. Pastikan juga, amal ibadah yang telah kita mulakan dalam bulan ini akan terus berkekalan dalam bulan-bulan yang seterusnya.

Yakinlah bahawa Allah telah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan janganlah kita cemarkan diri kita yang telah disucikan dari dosa-dosa tersebut bila menjelangnya Syawal nanti.

1 comment:

Tawel Sensei said...

Dah nak berlalu pergi Ramadhan tahun ni. Moga-moga amalan kita semua diterima Allah.

Selamat menyambut Syawal tahun ni bro Aiyrie! Maaf zahir batin andai ada apa-apa yang tersalah di sana-sini.

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago