Assalamu'alaikum,
Kopi sememangnya sedap. Apatah lagi jika kopi pekat lagi kaw. Rasa pahitnya, bercampur dengan manis dari susu pekat manis tanpa mengira cap apapun, amat memuaskan tekak. Ditambah dengan aroma pekatnya yang menusuk hidung, walaupun ada resdung. Puas!
Saya memang meminati kopi. Tapi, kopi adalah tidak berapa bagus untuk kesihatan. Ia juga mengganggu sistem otak dek kerana kandungan kafeinnya. Ia juga menghilangkan rasa mengantuk bagi kebanyakan manusia.
Tetapi malang, walaupun kopi menghilangkan rasa mengantuk. Ia tidak mampu menyegarkan otak.
Ada apa dengan kopi?
Saya berceritera tentang kopi disebabkan saya telah menyalahgunakan kopi. Menjadi orang yang bertanggungjawab menjaga dan membantu melancarkan perjalanan kelas amali subjek kimia, mendedahkan saya kepada kesan sampingan dari bahan-bahan kimia yang mudah meruap. Salah satu kesan tersebut adalah mengantuk yang teramat sangat. Saya menghilangkan kesan tersebut dengan meminum kopi. Kopi tongkat ali, bagi menambahkan kekuatan tahan ngantuk tersebut.
Tapi saya mendapati diri saya semakin bergantung kepada kopi tersebut. Ini adalah tidak bagus. "Ini Serius" kata Minmin si itik Wonder Pet. Maka, saya mengambil keputusan untuk menamatkan kebergantungan terhadap kopi tersebut. Dibantu dengan habisnya stok kopi yang ada di rumah, insyaAllah akan memudahkan lagi proses tersebut.
Namun, hasil yang dijangkakan ialah saya akan tidr pada masa yang lebih cepat. jangan tertidur semasa memandu pulang dari kelas mengaji sudahlah. Oh! Tidak mengapa, malam ini malam terakhir sebelum Ustaz bercuti sempena musim cuti sekolah ini.
Semoga tidur masa tidur yang lebih awal, akan menyegarkan saya pada tahap yang optimum.
Tertanya sendiri. Kenapalah saya mengambil degree dalam bidang kimia. Kalaulah di UiTM pada masa saya mengisi borang UPU dulu ada menawarkan bidang psikologi.....
Namun UiTM tetap di hatiku.

6 comments:
Hehe kopi tak bagus untuk kesihatan ke? Kopi ni memang misteri. Minggu ni saintis kata tak bagus. Minggu depan saintis lain pula kata bagus. Lepas tu minggu depan lagi, ada pula saintis kata tak bagus!
Memang banyak khilaf dalam hal kopi ni! Semoga para saintis tak berpecah-belah. Hehe.
Waalaikumussalam.
Pernah cuba tak kopi Arab? Lagi kaw. Siap ada rasa-rasa halia lagi. Kalau yang datang dari Yaman tu, lagilah tak agak-agak. Tapi tak tahu mana yang lebih kuat, maksudnya, dari segi kuatnya ia melawan kantuk. Kopi Malaysia ke Kopi Arab. Nanti saya bandingkan dan kaji semula.
@Tawel
Kalau saintis berpecah-belah, habislah kopi-kopi jadi bahan eksperimen mereka. Kita nak minum apa?
@Encik Tawel
Kopi memang tidak berapa bagus untuk kesihatan saya dah beberapa orang kawan dan kenalan saya. ;P
Memanglah para saintis yang mengkaji tentang kandungan kopi ni berkhilaf tentang kebaikan beberapa kandungan kimianya. Mana tak khilaf, santis A kaji tentang kafein dalam kopi, lalu menyimpulkan kopi tak bagus sebab ada kafein. Saintis B pula mengkaji tentang phytochemical dalam kopi dan menyimpulkan yang kopi bagus sebab ada kandungan phytichemical yang baik untuk kesihatan. Saya yang tak bertauliah ni pula mengatakan kopi tidak berapa bagus sebab ia mengganggu sistem otak dengan cara menjadikan seseorang susah tidur walaupun sepatutnya waktu tersebut otak perlu berehat.
Tapi, yang pastinya kopi tak akan membawa maut [kecuali bagi mereka yang mengalami alahan kepada kopi].
@Encik Abqori
Saya tak pernah lagi cuba minum kopi arab. Teringin juga rasanya nak mencuba. Tapi bukan sekarang. Sekarang ni saya hendak meghilangkan ketagihan kopi. Bukan ketagih macam penagih dahah, tapi bila tak minum kopi kepala akan menjadi pening-pening sepanjang hari. Perlu bertahan dalam seminggu dua ni.
best kopi
sekarang dikala rambut botak sebab minum kopi.
Saya juga pengemar kopi, mungkin juga boleh dikategorikan sebagai pengopi tegar. Hehe.
Hampir semua jenis kopi saya sental termasuklah kopiko. Lebih enak lagi jikalau kopi tersebut ditambah susu. Tetapi di Indonesia berbeza pula panggilannya. Kopi susu dipanggil dengan susu kopi. Jikalau hendak yang sejuk. Panggil pula Susu kopi Es ( Ais : Es). Tetapi Kopi Arab @Abqori saya tak pasti pula. Mungkin lebih sedap lagi. Saya sarankan anda mencuba kopi kapal api.. betul betul kaw!. Tetapi jangan kerap meminumnya.. kerana nescaya anda akan terhidrat. Hehe
p/s: Abqori, pos ke Malaysia sikit bagi eden kopi arab tu. :D
Post a Comment