SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Thursday, December 11, 2008

Solat Jenazah

Assalamu'alaikum,

Sebentar tadi selepas menunaikan Solat Jumaat, Masjid An-Nur Kampar telah mengadakan Solat Jenazah. Jenazah adalah seorang wanita. Melihat kepada kahadiran ramai india muslim [perempuan dan kanak-kanak] di Masjid tersebut, melogikkan saya membuat kesimpulan bahawa jenazah adalah seorang india muslim.

Semasa menunggu jenazah dimasukkan ke dalam masjid, imam masjid telah mengajak jemaah menghadiahkan al-fatihah kepada jenazah.

Jenazah selamat disembahyangkan dengan bilangan jemaah yang agak ramai.

Semoga jenazah dicucuri rahmat oleh-Nya di alam sana. Pasti, kami akan menyusul suatu hari nanti....

Al-Fatihah.

3 comments:

Yazid Husain said...

al-FATIHAH

Faiz Faiza said...

jangan tunggu masa kita tiba...sama2 kita pastikn diri sntiasa dlm istighfar

aiyrie said...

@Yazid
Semoga roh beliau dilimpahi rahmat.

@Faiz Faizah
Bukan menunggu, tapi memperingati mati. Agar hati menjadi mudah untuk patuh dan tunduk pada-Nya.

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago