SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Monday, November 12, 2007

BERSIH

Tak salah jika aku tulis sedikit pasal rapat umum yang dianjurkan oleh BERSIH. Ada yang menyokong, dan ada yang membantah rapat umum tersebut diadakan. Jika tidak ada yang meyokong, masakan lebih 10000 orang menyertainya. Tidak kurang pula yang tidak tahu tentang rapat umum tersebut.

Secara peribadinya, aku tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tambahan pula, aku tidak mengetahui secara terperinci tujuan dan matlamat rapat umum tersebut. Dari pihak kerajaan, aku mendapat hujah yang agak baik untuk menolak permohonan mengadakan perhimpunan tersebut, dan dari pihak yang menyokong perhimpunan itu juga, ada alasan yang baik yang mendorong mereka meneruskan perhimpunan tersebut.
Sebagai orang awam yang tidak tahu apa-apa tentang politik, aku kecewa bila menonton klip video dari Al-Jazeera di dalam youtube. Kecewa dari banyak segi.
Apalah salahnya jika kedua-dua pihak duduk semeja. Berbincang secara aman. Dengan hati yang terbuka. Jangan biarkan rakyat yang tidak tahu apa-apa merasa marah. Betul kata Paklah, rakyat marah. Jalan jadi sesak, perasaan takut untuk keluar rumah. Kalau ada pengantin yang telah merancang setahun yang lalu untuk memakai pakaian kuning, terpaksa dibatalkan. Dan, macam-macam lagi kesusahan rakyat.
Rakyat marah. Marah kepada siapa? Yang pro marahkan yang anti dan sebaliknya.
Walaubagaimanapun, aku pasti disebalik setiap peristiwa pasti ada kebaikannya. Kita merancang, Allah jua yang tentukan.....

No comments:

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago