SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Tuesday, November 13, 2007

ANTAGONISTIK YANG SAMA SIFAT

Assalamu'alaikum wb,

Aku baru saja membaca saifulislam.com yang telah menjadi salah satu rutin harian aku baru-baru ini. Setelah membaca artikel "Sabar dan Hikmah Dalam Berdakwah", akupun membaca komen-komen yang diberikan. Tiba-tiba, ada satu komen yang menyebabkan hati aku panas. Bukan apa, bila aku baca, tak tahulah kenapa, intonasi yang terbentuk dalam fikiran aku adalah intonasi seperti orang meluahkan rasa tidak puas hati. Mungkin intonasi yang terbentuk dalam pemikiran aku itu tidak seperti intonasi penulis komen tersebut semasa dia menulis, tapi yang pastinya, aku tidak dapat mencari intonasi yang lebih sesuai bagi ayat-ayat yang ditulisnya.
Aku bukan pro kaum muda, tetapi tidak juga kepada kaum tua. Bukan pendukung fahaman "Salafi" dan bukan juga "Mazhabi". Sebabnya, aku tidak mahir dengan isu-isu itu.
Apa yang aku tahu, aku beragama ISLAM. Petunjukku adalah Al-Qur'an. dan, dalam memahami kehendak Islam, aku belajar dengan mazhab Syafii. Kerana, itulah mazhab di Malaysia ini.
Aku bukan ahli agama. Oleh itu, aku tidak pandai menghujah hukum-hukum agama. Namun, setiap amalan ibadah yang aku buat, insyaAllah, aku tahu hujahnya ada dari Al-Qur'an dan As-Sunnah. Cuma, tidak mampu untuk mengeluarkannya secara in-situ bila ditanya.
Apa yang aku hendak sampaikan di sini adalah satu permasalahan yang menyebabkan masalah pertentangan pendapat dua golongan ini (salafi dan mazhabi) yang tak kunjung padam.
Ada yang sederhana, dan tak kurang juga yang ekstrem. Yang menjadi masalahnya adalah golongan yang ekstrem ini, walaupun dia dari pihak yang mana.
Ekstrem Salafi mengatakan sesat kepada mereka yang berpegang pada mazhab tertentu, mengatakan sesat kepada pengamal tarikat dengan kata mudah, mengatakan sesat kepada mereka yang tak sependapat dengannya.
Ekstrem mazhabi juga sama. Jika ada yang mengatakan "ada pendapat yang mengatakan tidak batal wuduk jika bersalaman antara suami dan isteri", maka dihukumnya sebagai wahabi. Dicanangnya bahawa sebagai perosak agama, dan sebagainya.
Ekstren Salafi mengatakan si mazhabi tidak berfikiran terbuka, dan Ekstrem mazhabi pula mengatakan si Salafi tidak berfikiran terbuka. Maka, ketawalah si Liberal, mendabik dada mengatakan dialah yang baik, yang berfikiran terbuka, sehingga menyamatarafkan agama lain di sisi Islam yang mulia ini - akibat terlalu ekstrem dalam bersikap terbuka.
Banyak blog yang aku baca (tidak la banyak sangat) yang penulisnya bersikap sederhana. Bahasanya elok, isinya bermutu, mencetuskan mahu kepada pembaca, mengingatkan pengajaran yang telah dilupakan, pendek kata, sesuai bagi semua peringkat umur, kecuali bagi kanak-kanak yang belum boleh berfikir sendiri. Namun, rupa2nya, ada juga pembacanya yang belum pandai berfikir sendiri. Buktinya, lihat saja pada komen-komen yang ditinggalkannya.
Kita bermazhab, bukan dengan tujuan untuk mengatakan hujah mazhab kita saja yang benar. Kita tahu, mazhab lain juga benar. Janganlah pula sampai membenarkan "mazhab serba jati" yang terdapat dalam lagenda penembak helang dan lagenda pahlawan helang novel tulisan Jin Yong @ Louis Cha sudahlah. Bila dikatakan mazhab dalam Islam, kita sedar ada 4 yang utama yang saling membenarkan antara satu sama lain.
Nasihat aku, jika membaca satu artikel. Belum cukup untuk menghukum penulis artikel itu. Lainlah kalau yang telah nyata, dan ternyata pendiriannya salah dalam artikel-artikelnya yang lain. Bersikap terbukalah dengan Ilmu Allah.
Nabi pernah berpesan agar jangan berdebat dengan Ahli Kitab kerana khuatir kita akan menafikan ayat-ayat Allah. Kerana Ahli Kitab juga diberikan Kitab, cuma kitabnya telah tidak murni. Kemungkinan untuk masih ada dua tiga ayat yang sabit dari Allah tetap ada.
Apatah lagi kita berdebat sesama Islam, yang sama-sama berhujah dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Haruslah berhati-hati.
Kepada rakan blog yang menulis untuk menyedarkan orang ramai, teruskanlah usaha anda.

No comments:

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago