SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Thursday, November 15, 2007

Komen Yang DiKomen

Aku rajin menumpang teduk di beberapa laman blog. Ada yang aku dah letak capaiannya di aiyrie ini, dan ada juga yang aku tak letakkannya. Setiap kali aku membaca posting oleg penulis blog, setiap kali itulah juga aku akan membaca juga komen-komen yang diberi.
Kekadang, komen-komen itu amat mengguris perasaan. Walaupun yang dikomen itu adalah penulis blog yang berkenaan, dan bukannya aku, namun, entah mengapa hati aku pula yang terasa. Ingin aku membalas komen2 tersebut, tapi nanti akan dikatakan taksub kepada penulis blog itu pula, walaupun sebenarnya tidak.
Apa yang menyebabkan hati aku rasa terguris, ialah kerana si pemberi komen terlalu menampakkan kebodohan diri. Kekadang, si penulis telah mengatakan pendiriannya dalam tulisannya, namun si pemberi komen, umpama tidak pandai membaca pula. Memberi komen dan cuba menduga-duga isi hati penulis. Jika penulis sudah dengan sedar untuk tidak mendedahkan sesuatu, maka tak perlulah si tukang komen cuba membuka isu tersebut, yang akhirnya jadilah laman blog tersebut tempat berdebat yang menyakitkan hati SAUDARAnya yang lain. Lalu, datang pula komen lain yang tidak diundang mengatakan laman blog penulis itu, hanya tempat orang-orang yang bodoh yang hanya pandai mencari titik bengik perdebatan, sedangkan tujuan penulis blog tersebut tidak begitu, dan teramatlah ramai pembaca blog itu yang tidak meninggalkan komen kerana dirasakan tidak perlu yang bijak-bijak.
Kadang-kadang, bila penulis menulis satu tajuk yang kelihatan pro terhadap sesuatu isu, timbul pula komen, "anda bias, tidak memberi jalan keluar lain sedangkan ini lebih baik, itu lebih baik dan bla..bla..bla..". Contonhnya, penulis menulis tentang perlunya derma organ. Lalu tukang komen mencelah, "anda bias, mengapa hanya mesti derma organ, tidak lain. Seperti organ buatan atau klon organ dan bla..bla..bla.."
Sedarkah tukang komen bahasa, isu yang dibawa oleh penulis adalah isu derma organ. Lain tidak. Jadi, apabila penulis menulis hujah perlunya menderma organ, ini tidak bermakna penulis menafikan lain-lain alternatif. Melainkan jika penulis menulis dengan jelas hanya derma organ yang terbaik atau seumpamanya.
Jika tukang komen ingin menambah alternatif, gunakanlah bahasa penambahan. Bukan dengan bahasa marah. Apalah salah kiranya dia menulis, "selain derma organ kita perlu tingkatkan teknologi pengklonan organ, ini lebih baik. Kerana kita tidak perlu menunggu si penderma itu mati. Bahkan, keluarga pesakitm tidak perlu mendoakan agar ada yang mati untuk mendapatkan organ tersebut", tanpa menyentuh tulisan penulis. Tiada siapa yang sakit hati, melainkan orang yang berdoa agar penderma2 organ mati cepat kerana dia makan cili.
Lainlah kalau kita memberi komen ke dalam blog kawan-kita yang membincangkan isu-isu yang tidak berat. Jika blog itu blog yang bersifat ilmiah, maka hormatilah ilmu penulis dan pelawat-pelawatnya.

1 comment:

Yazid Husain said...

aq dah baca entri ini sebelum aq comment. ha ha ha

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago