SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Sunday, November 18, 2007

Komen Yang Di Komen II

Ini lanjutan daripada posting aku yang lepas (Komen Yang Di Komen), dan di sini aku letakkan satu capaian Manhaj Berfikir yang ada kaitan dengan tajuk.

Aku bukanlah nak menghalang sesiapapun daripada memberi komen. Tetapi, aku menganggap sesiapa sahaja yang pandai mengakses blog apatah lagi sesalu mengakses blog-blog ilmiah sebagai seorang yang bijak. Oleh itu, seorang yang bijak, haruslah bijak mengatur bahasa di dalam komennya.

Jika ingin mengajukan soalan, maka gunakanlah ayat soalan. Dan jika sekiranya untuk menyatakan pendapat yang berbeza dengan penulis, maka nyatakanlah dengan cara yang berhemah. Jangan pula jika ada yang cuba menjawab komen anda dengan nada yang anda tidak suka, maka anda mengatakan "saya cuma bertanya, takkan itupun salah" sedangkan bahasa yang anda gunakan tidak sama sekali menunjukkan yang anda sedang bertanya.

Dan, jika anda ingin bertanya. Pastikanlah dulu, apakah yang anda cuba tanya itu telahpun dijawab oleh artikel penulis. Jika sudah disentuh, janganlah menjadi seperti kata pepatah "sudah gaharu, cendana pula". Jika ada perasaan musykil, maka nyatakan bahawa anda musykil.

Teringat dengan kata-kata Uztaz Wan Sohor Bani Leman, yang lebih kurang maksudnya. Kalau kita nak menyampaikan sesuatu ilmu, kenalah pandai. Kalau kita serang secara direct kesalahan seseorang itu, pasti dia akan cuba untuk defend dirinya sendiri. Selepas itu, pasti dia akan menjauhi kita. Jadi, banyak ilmu yang kita tak dapat nak sampaikan.

Maka, aku ingin tegaskan di sini. Maksud penulisan aku ini adalah adab memberi komen dalam blog ilmiah yang bukan ditulis oleh rakan sepermainan kita. Jika kita sememangnya telah kenal sangat dengan penulispun, perhatikanlah siapa pembaca-pembaca blog tersebut.

Nanti, saya akan letakkan capaian artikel-artikel yang bagus untuk dibaca dalam membentuk akhlak menegur sesama manusia tidak kira di dalam alam maya khususnya dalam dunia blogger, mahupun di alam nyata.

No comments:

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago