SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Tuesday, December 18, 2007

TUDUNG DAN KECANTIKAN

'Jika enggan buka tudung, carilah kerja lain'
18-12-2007 06:19:17 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD

PETALING JAYA: Individu yang berminat bekerja dalam bidang kecantikan perlu akur dengan ketetapan sesetengah pengusaha yang tidak mahu menggaji pekerja bertudung, kata Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera.

Presidennya Mohaizi Mohamad berkata pengusaha pusat kecantikan tidak boleh diwajibkan untuk menggaji pekerja bertudung kerana individu berkenaan perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja sebegitu.

"Kita tidak boleh salahkan pengusaha syarikat itu kerana dia ada hak untuk tidak ambil pekerja bertudung atau tidak," katanya kepada mStar Online, ketika diminta mengulas mengenai aduan pembaca The Star hari ini.

Menurut pengirim surat itu, seorang rakannya yang bertudung telah memohon untuk menjadi jurujual di sebuah syarikat kecantikan di pusat membeli-belah KLCC, namun pemohonannya ditolak kerana syarikat itu mengamalkan dasar "gaya bebas dan menarik".

Katanya lagi, rakannya itu diminta untuk tidak mengenakan tudung sekiranya ingin bekerja sebagai jurujual barangan solekan.

Pengirim itu yang dikenali Nazreen juga berkata, amalan itu satu bentuk diskriminasi terhadap wanita bertudung.

Mohaizi bagaimanapun berpendapat, mana-mana syarikat tidak seharusnya diwajibkan menggaji pekerja bertudung sekiranya perkara itu tidak menguntungkan perusahaannya.

"Kita tidak boleh paksa mana-mana syarikat untuk ambil orang bertudung atau tidak. Pengusaha syarikat itu tentu sudah fikir, kalau dia ambil pekerja bertudung, adakah itu akan menguntungkan perniagaannya?" katanya.

Beliau menasihatkan individu yang berminat untuk menceburi bidang kecantikan supaya bersedia mengikut dasar-dasar sebegitu.

"Contohnya di kolam renang, perlu berpakaian tertentu. Sesetengah kolam renang tidak membenarkan orang bertudung masuk, kerana prosedurnya memang begitu.

"Kenalah pandai menyesuaikan diri jika ingin bekerja dalam bidang kecantikan. Jika dia tidak suka, dia kenalah cari kerja yang ada persekitaran lebih Islamik, " katanya lagi.


Artikel dari http://www.mstar.com.my/@ Mutakhir
diambil pada 19 Disember 2007 @ 08:30 am
Ulasan Saya:
Apabila menyebut isu "tudung", maka secara umumnya di Malaysia ia melibatkan wanita Melayu yang beragama Islam. Kewajipan bertudung sebenarnya terletak pada kewajipan menutup aurat bagi wanita muslim. Tidak kiralah sama ada dengan memakai tudung, atau selendang atau dengan kain batik, asalkan tuntutan menutup aurat itu dilaksanakan mengikut syariat.
Sememangnya kita tidak boleh memaksa majikan hanya mengambil wanita bertudung untuk bekerja. Saya setuju dengan dasar "gaya bebas dan menarik" yang diamalkan, tetapi perlaksanaannya nyata tidak mengikut dasar yang telah mereka bentuk. Adakah wanita bertudung tidak menarik? dan dimanakah kebebasan yang dinukilkan dalam dasar yang dibuat?
Pekerja dilarang bertudung. Maka, apa yang bebasnya? Hendak dikatakan wanita bertudung tidak menarik? Tipu.
Pernah sebuah negara menguatkuasakan undang-undang menghalang murid-murid perempuan Islam dari memakai tudung ke sekolah hanya atas alasan supaya anak-anak kecil bukan muslim tidak rasa takut dan untuk mengelakkan sikap diskriminasi. Siapa yang mendiskriminasi siapa? Jika kita tidak mengenalkan budaya luar sedari kecil, maka bila baru dia akan sedar kewujudan budaya luar?
Apabila sebut tentang isu tudung ini, maka tak dapat lari dari laungan-laungan supaya berfikiran terbuka, dan bila menyebut tentang keterbuakaan fikiran ini, teringat pula tentang satu lagi isu yang berkaitan dengan Islam, iaitu bersalaman antara lelaki dan wanita.
Pernah seorang naib canselor sebuah universiti tempatan menegur sikap tidak mahu bersalaman antara lelaki dan wanita sebagai tidak berfikiran terbuka. teguran ini dibuat semasa beliau memberikan ucapan. Sebelum itu, semasa hendak naik ke pentas ucapan, beliau bersalam-salaman dengan para pelajar, tetapi ada seorang pelajar wanita tidak menyambut salamnya.
Dalam kes ini, jika mengikut beberapa fatwa, adalah dimaafkan jika wanita itu bersalaman dengan beliau demi menjaga maruah beliau tetapi tanpa disertai syahwat. Tetapi, mungkin wanita itu tidak tahu akan fatwa tersebut, atau mungkin wanita itu tegas dengan fahamannya (haram bersentuhan antara lelaki dengan wanita secara sengaja). Atau, mungkin juga pelajar wanita itu "ada hati" dengan naib canselor tersebut, yang mengharamkan dia bersalaman kerana ada unsur syahwat.
Lalu, dalam ucapan yang menghentam tingkah laku pelajar wanita terbabit, naib canselor itu menerangkan bahawa dia tidak ada hati dengan pelajar-pelajar. Jadi tak perlu risau. Tetapi, adakah naib canselor itu tahu hati pelajar-pelajarnya? Jadi, siapakah yang tidak berfikiran terbuka sekarang. Pada saya, naib censelor tersebut yang tidak berfikiran terbuka.
Ada sekurang-kurangnya dua sebab saya mengatakan sedemikian.
1) seperti yang telah saya nyatakan di atas, mungkin pelajar itu yang bersyahwat jika bersalaman dengan naib canselor tadi. Naib canselor itu tidak terbuka fikirannya terhadap isu ini.
2) jika pelajar perempuan itu berpegang teguh dengan pandangan haram bersentuhan antara lelaki dan wanita, maka, naib canselor itu perlulah bersikap terbuka dengan pegangan elajar terbabit. Salahkah jika seseorang mempertahankan pegangannya?
banyak lagi yang boleh dihujahkan, tetapi cukuplah setakat ini.
Berbalik kepada isu wanita bertudung itu, maka saya harap, majikan perlu bersikap lebih terbuka. Bagi wanita yang hendak "tetap hati" dengan cara hidup Islam, maka saya nasihatkan, lebih baik cari pekerjaan lain. Rezeki ada di mana-mana. Pasti ada tempat yang bebas maksiat untuk kita mencari rezeki kurniaan-Nya.

4 comments:

President (wiir2000) said...

best la post ko nie...
ada gak member yg minta kerja kat satu hospital swasta tu, diorang nk staff yg x bertudung... huhu...

Anonymous said...

Hepi belated new year 2008!!! and Salam Maal Hijah!!!

Yahoo..!!! Neomick.com berwajah baru hampir 90% siap. Hehe…

Take care Gman!

Anonymous said...

Wow... baru aku perasan. Ko ada byk blog rupanya. Aiyrie, Dan Aku, Syok Sendiri, Al-Chemist.

Byk gak masa ko maintaining byk blog yek? OKlah... Take care dude!

Salam Bekerjaya!

aiyrie said...

president:
tu la.. kekadang tertanya-tanya lak, sapa yang tak faham sapa. Bertudung atau yang sebetulnya menutup aurat ni wajib bagi seorang Islam. So, majikan kena la faham. ye tak?? Sedangkan orang bukan Islam pun faham. Kalo ada yang bukan Islam tak faham pun, sebab orang Islam gak. Berapa ramai orang Islam yang tak tutup aurat sambil jalan2 tanpa rasa bersalah....

neomick:
yup.. aku dah tengok dah neomick[dot]com. Selalu gak aku masuk neomick[dot]com kalo aku nak masuk circle sbb kat situ ada capaian ke circle.

Banyak blog....
tu la pasal..
skrg aku dah pening dah... actually, aku nak jadikan aiyrie[dot]blogspot tu sbg antaramuka jer. tapi, secara tak sengaja aku letak post kat situ skali. sekarang aku konfius.... hehe..
dan_aku lak aku nak letak cerita pasal aku
syok_sendiri lak aku buat untk komentar apa2 yang berlaku di sekeliling
the alchemist lak aku utk yg berfalsafah ketuhanan...

tapi still tgh mencari idea...

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago