SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Friday, December 14, 2007

Pengawet natrium benzoat punca penyakit – CAP

Pengawet natrium benzoat punca penyakit – CAP


PULAU PINANG 14 Dis. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa penggunaan bahan pengawet natrium benzoat dalam minuman ringan dan makanan di negara ini menyebabkan pelbagai penyakit seperti kegemukan, Parkinson dan kanser gigi.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, hasil kajian peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahan pengawet tersebut berupaya menjejaskan DNA badan yang penting sehingga menyebabkan kerosakan sel yang serius.

Justeru beliau menggesa kerajaan menyemak kandungan bahan itu dalam minuman dan makanan serta mengambil langkah menyingkirkan penggunaannya secara beransur-ansur.

‘‘Beberapa pertubuhan pengguna seluruh dunia juga telah melancarkan ‘Kempen Buang Minuman Ringan Global’ bagi membendung pemasaran minuman ringan dan minuman lain berkalori tinggi yang dikaitkan dengan masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak.

“Natrium benzoat adalah bahan pengawet yang sudah lama digunakan oleh industri minuman berkarbonat di seluruh dunia. Ia digunakan dalam jumlah yang tinggi untuk mencegah minuman ringan daripada berkulat.

“Bagaimanapun tanpa disedari, bahan pengawet ini mengancam nyawa kita semua setiap hari jika tiada langkah yang wajar diambil pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Mohamed, di Malaysia penggunaan bahan itu dibenarkan di bawah Peraturan Makanan 1985.

“Walaupun dibenarkan, minuman ringan ini tidak berkhasiat malah mendedahkan kita dengan pelbagai risiko kesihatan.

“Kebanyakan minuman ringan juga cuma air manis berkarbonat, berwarna, berperisa dan berasid yang langsung tiada kebaikan untuk kesihatan kita,” katanya.


Artikel dari http://www.utusan.com.my/ @ Muka Hadapan
diambil pada 15 Disember 2007 @ 08:30 am

No comments:

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago