SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Thursday, April 17, 2008

BIJAK BELAJAR (siri 1)

Kaedah Pertama MENIRU

Perkataan meniru, selalunya akan membawa konotasi yang negatif apatah lagi jika dikaitkan dengan proses pembelajaran. Tetapi, meniru adalah kaedah yang pertama dalam proses ini.

Cikgu menulis di papan hitam (kebanyakan sekolah telah menggantikannya dengan “whiteboard”), kita pun disuruh meyalin apa yang ditulis oleh cikgu. Proses menyalin ini sebenarnya adalah satu bentuk perbuatan meniru.

Kita diajar pula bersukan. “Sepak bola macam ini”, kata cikgu. Lalu, kita pun meniru gaya cikgu menyepak bola.

“Tiru macam saya”, kata Sheila majid dalam lagunya.

Dalam matematik juga sama, kita tiru kaedah. Cuma angka yang berbeza-beza.

Sembahyangpun, kena tiru macam Nabi sembahyang. Tak boleh suka-suka buat cara sendiri.

Menulis A B C pun kita tiru juga. Kita tak tulis A macam B atau membuat satu bentuk baru bagi huruf tersebut.

Kesimpulannya, kaedah pertama dalam proses pembelajaran ialah MENIRU.

PERINGATAN: meniru hanya untuk belajar, bukan untuk menjawab soalan peperiksaan.

2 comments:

Fairuz said...

owh. rite. betul tu. thanks for opening my eyes :)

aiyrie said...

You are welcome.. :p

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI in...
    11 years ago
  • Baju Raya Baru - Setiap kali raya, setiap kali itulah dilema. Dilema sama ada perlu beli baju raya baru atau tidak untuk tahun ini. Maksud saya, baju hari raya yang pertama...
    13 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    13 years ago