SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Tuesday, April 22, 2008

TENANG MENJAWAB (episod pengenalan)

Assalamu'alaikum

Jika sebelum ini saya ada meletakkan Siri BIJAK BELAJAR (baru 2 siri dan insyaAllah akan ada sambungannya), maka ini adalah satu lagi siri tulisan yang sesuai dijadikan panduan bagi pelajar-pelajar, khas untuk digunakan semasa hari peperiksaan.

Sebenarnya, idea untuk menulis siri TENANG MENJAWAB ini tercetus semasa saya menjadi pengawas peperiksaan (invigilator) di UTAR, pada September tahun lalu. Tetapi, atas beberapa sebab, idea itu hanya kekal sebagai idea sehinggalah pada minggu ini, sekali lagi saya ditugaskan untuk menolong dalam menguruskan peperiksaan. Setelah dua kali terlibat dengan peperiksaan, dan melihat masalah yang sama masih berulang, maka saya tekatkan azam untuk menulis Siri TENANG MENJAWAB ini.

Segala isi kandungan atau teknik-teknik yang akan saya utarakan dalam siri ini, saya ambil dari pengalaman saya yang telahpun berpengalaman selama 17 tahun sebagai pelajar dari peringkat sekolah rendah (saya tak pernah masuk pra-sekolah) sehinggalah saya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda. Tidak lupa juga, beberapa tips yang saya perolehi dari cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah (terutama pensyarah UiTM) yang saya kenali.

Saya harap, dengan panduan yang akan saya berikan dalam siri ini nanti, dapat diamalkan oleh mereka yang berkenaan.

InsyaAllah, jika anda mengamalkan kaedah-kaedah tersebut, anda akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.

No comments:

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago