SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Monday, May 26, 2008

Peristiwa Maghrib

Assalamu'alaikum...

Semalam, selepas solat maghrib secara solo di rumah, saya membaca buku Ihya 'Ulumuddin. Dengan tenang tetapi mantap, Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad, Abu Hamid Al-Ghazali menempelak diri ini melalui karangannya tersebut. Amat banyak perkara yang saya lakukan tidak mengikut "prioriti" yang sepatutnya. Apa yang fardhu 'ain, saya lengahkan, melebihkan yang fardhu kifayah. Sedangkan, yang fardhu kifayah itu tidak diletakkan kefardhuannya atas diri seseorang selagi belum tertunai segala yang fardhu 'ain.

"Ya Allah, Engkau tetapkanlah hati ini atas petunjuk-Mu. Janganlah Engkau biarkan aku terpengaruh dengan tipu daya Syaitan yang melalaikan aku dari mengingati Engkau. Amin."

Alhamdulillah, hari ini saya mengerjakan solat maghrib secara berjema'ah di masjid An-Nur, Kampar. Kredit saya berikan kepada Ustaz, ehem... ehem... (saya tak tahu namanya) merangkap Imam di masjid tersebut yang telah mengumumkan aktiviti keilmuan yang akan diadakan di sekitar kariah Kampar pada hari Jumaat yang lepas.

Intro ceramah tersebut, adalah mengenai alam kubur. Di mana, dari kulit buku yang dapat saya lihat dipegang oleh Ustaz penceramah (yang juga saya tidak tahu namanya), tertulis tajuk "Misteri Alam Kubur", dan Ustaz Penceramah mengambil beberapa petikan dari buku tersebut untuk dikongsi bersama sebagai peringatan.

Antara kandungan ceramah yang saya dapat kongsikan ialah:

1) Siksa kubur terbahagi kepada dua iaitu (1) Siksaan yang berterusan sampai hari akhirat bagi orang kafir dan orang islam yang berkekalan melakukan dosa. (2) Siksaan yang sementara.

2) Siksaan sementara itu sama ada kerana dosa-dosa kecil yang mana siksaannya telah ditentukan tempohnya oleh Allah swt atau terhentinya siksaan disebabkan doa atau amalan-amalan tertentu yang dihadiahkan oleh orang yang masih hidup buat si mati.

Ini sepatutnya dapat menjadi motivasi kepada kita agar sentiasa mendoakan kedua ibu bapa kita yang telah pergi mendahului kita. Moga-moga, Allah mengampuni mereka.

Antara lain yang dikongsi bersama oleh Ustaz penceramah ialah adab-adab di dalam masjid dan ketika hendak menunaikan solat. Adalah tidak wajar sekiranya kita tidak beradab di dalam masjid sehingga Imam terpaksa mengingatkan:

"luruskan dan rapatkan saf, dan matikanlah handphone".

Bila difikirkan, tidak salah Imam mengingatkan makmum untuk mematikan handphone. Tetapi bila difikirkan dengan lebih mendalam, sepatutnya jemaah sudah tahu apa yang patut dilakukan dengan handphonenya. Tidak perlulah Imam men"detail"kan apa yang sepatutnya dilakukan oleh makmum. Jika kita faham adab di dalam masjid, maka sedari awal kita telah mematikan handphone. Ingatan untuk meluruskan dan merapatkan saf itu telah cukup dan merangkumi dalam mengingatkan perkara-perkara lain. Tapi sayang, umat islam sekarang tak pandai adab. Ilmu macam tinggi menggunung, sampai budak darjah lima pun mencelah dalam perbincangan perkara khilaf. Tapi, adab kosong.

Banyak lagi yang saya perolehi dari ceramah Ustaz tersebut. Tapi, tak mampu untuk ditulis. Kadang-kadang, apa yang kita faham tidak mampu untuk kita diterangkan kepada khalayak umum. Tambahan pula, oleh insan kerdil seperti saya ini.

Semoga kita sentiasa dalam hidayah Allah swt. dan sentiasa dalam rahmat-Nya.

5 comments:

Anonymous said...

Salam...
Antara doa yang tak pernah lekang dari hati saya ialah..

"...Lindungilah aku dari kejahatan yang ada dalam diri (merujuk pada nafsu yg pelbagai) dan juga pada ciptaanMu yang lain (segala ciptaanNya yang tak mampu dikira termasuk syaitan)..."

Kita umat akhir zaman adalah insan2 yang lemah kerana terlalu banyak keinginan yang kadang tu tak mampu dikawal. Hanya perlindungan Allah yang mampu memastikan kita terus berada di landasan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.

aiyrie said...

@suara
Betul tu, kita ni insan yang teramat lemah. Tapi ada juga yang merasakan dirinya sudah kuat, semoga kita dijauhkan dari perasaan tersebut.

Doa, bunyi macam senang. Tetapi susah untuk dipraktikkan. Kadang-kadang timbul perasaan terasa macam poyo dan sebagainya yang akhirnya menyebabkan kita tak jadi berdoa. Itu juga tiuan Syaitan. Nafsu kita ni pula ikut "mana dan" saja. Kalau Jiwa kita lemah, nafsu pun ikut la kata syaitan.

Sedang berusaha memperkuatkan jiwa.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini..amin

President (wiir2000) said...

buku tu kaler biru?

aiyrie said...

@President
Ye betul... kaler biru dan oreh kat bawahnya. Belakang pulak kaler putih. Terjemahan ke bahasa Indonesia oleh Prof. TK. H. Ismail Yakub

Anonymous said...

thats very thoughtful.. thanks for sharing.. :)

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago