Semasa pulang dari kelantan (dengan menumpang kereta Dikwan ke Shah Alam lalu dari Shah Alam menaiki bas ke Ipoh), dalam perjalanan dari Shah Alam ke Ipoh, saya membaca buku "Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains". Sebuah buku yang amat bagus.
Apabila sampai ke susur keluar Simpang Pulai (saya tidak mahu melajakkan diri sampai ke hentian Medan Gopeng kerana saya perlu ke Kampar), saya meminta pemandu bas menurunkan saya di ditu. Amat malang, buku tersebut telah saya tinggalkan di tempat duduk (jaring tempat meletak barang kecil di belakang kerusi hadapan).
Saya menyedari akan kehilangan tersebut setelah malam, sewaktu mengemas barang-barang. Terasa satu kehilangan yang besar. Sepatutnya sedari awal lagi saya telah menghabiskan pembacaan buku tersebut. Tapi akibat merasakan buku itu saya yang punya dan boleh dibaca pada bila-bila masa, saya mensia-siakan peluang untuk membacanya.
Saya terlupa, buku itu bukan hak mutlak saya. Jika Allah inginkan buku tersebut berada ditangan orang lain, amat mudah bagi Allah melakukannya. Seperti apa yang berlaku kepada saya. Entah di tangan siapakah buku itu sekarang. Saya meredhai pemergiannya. Semoga ia membawa kebaikan kepada pembacanya.

3 comments:
beli baru en giman
i'm sorry to hear that..
a'ah..
aku stuju ngan cadangan en.ajit..beli baru!beli baru! cuma tak akan sama la feel cam beli 1st time ritu..tul x?!!
-madihah-
@Encik Yazid n Cik Madihah
InsyaAllah saya akan membeli buku tersebut sekali lagi. Buat masa ni cuba menghabisbaca dahulu buku-buku yang telah dibeli. Taknak tamak sangat. Asyik beli buku jer, tapi last-last, yang dibaca adalah blog-blog juga.
Masa adalah terhad selama 24 sehari semalam, tak kurang tak lebih. Masa terluang, jika tak digunakan dengan baik, memang terlalu begitu sahaja. Sekarang, kena pandai mengurus masa bila untuk membaca blog, dan bila untuk membaca buku. Jangan dilupa masa untuk membaca Al-Qur'an.
Post a Comment