Alhamdulillah......
Dalam berita TV9 (dekat di hati) tadi aku mendengar satu berita baik. Esok harga minyak petrol akan turun dari RM2.70 kepada RM2.55 seLiter.
Motif penurunan harga minyak petrol ini, tak mahulah saya bincangkan. Anda boleh menilai sendiri. Jika ditanyakan kewajarannya, saya akan menjawab, ianya sememangnya wajar. Bahkan sejak dulu lagi ia tidak sepatutnya dinaikkan dengan mendadak.
Adakah saya marah dengan penurunan ini. Ya, saya memang marah. Sebabnya, baharu petang tadi saya memenuhkan tangki mintyak saya yang sebelumnya masih bersisa sebanyak 1/4 dari muatan penuh tangki. Jika saya tahu besok harganya turun, pasti saya akan menunggu hari esok.
Apa yang saya harapkan, janganlah selepas pilihanraya kecil nanti harga minyak naik kembali secara melampau (baik atas nama balas dendam atau mengatasnamakan rakyat telah memberi mandat). Ingatlah, kebanyakan rakyat Malaysia bukanlah dari golongan yang kaya-kaya.
Akhir kalam, marilah kita berdoa agar Negara Malaysia ini senantiasa dalam keadaan yang aman, makmur lagi permai

2 comments:
aq pun sama, siap full tank lagi
aminn :)
Post a Comment