SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Saturday, September 13, 2008

Kuliah Subuh

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, subuh tadi saya dapat berjemaah di Masjid An-Nur, Kampar dan dapat pula mendengar Kuliah Subuh yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak. Banyak nasihat agama dan wasiat iman yang saya perolehi dari kuliah tersebut.

Antara isi kuliah YB Dato' Seri MB ialah

1) Mengingatkan agar menjadikan Ramadhan sebagai bulan yang mensucikan diri dari dosa. Pastikan di akhir Ramadhan semua dosa kita terampun kerana orang yang masih tidak terampun dosanya setelah Ramadhan berlalu adalah orang yang akan binasa. Ini sesuai dengan sabdaan Nabi Muhammad s.a.w.

2) Dalam pada kita mengejar ganjaran pahala di bulan puasa, bahkan kita berpuasa bersungguh-sungguh berpuasa. Jangan kita lupa pada satu tuntutan agama yang lebih utama iaitu Solat. Didalam Al-Qur'an terdapat tidak kurang dari enam puluh ayat yang mengandungi arahan supaya bersolat berbanding hanya satu ayat yang mengarahkan kita berpuasa. Oleh itu, sekiranya kita berpuasa bersungguh-sungguh apatah lagi jika bersolat, mestilah lebih bersungguh-sungguh lagi.

3) Mengingatkan agar solat sebagai mana solat Nabi Muhammad s.a.w. yakni solat pada awal waktunya serta solat secara berjamaah. Belum pernah ada tuan-tuan guru mahupun ustaz-ustaz yang mengatakan Nabi s.a.w ada bersolat fardhu secara sendirian di rumah. (satu dimensi baru yang belum pernah saya belajar dari sabdaan Nabi s.a.w "solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat" - aiyrie)

4) Menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab beliau yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t sebagai pemimpin untuk mengajak umat Islam (di negeri perak) agar bersolat dan tidak melakukan perkara-perkara yang melalaikan apatah lagi perkara-perkara maksiat.

5) Mengajak umat Islam meninggalkan politik perkauman. Berdiri atas dasar Islam pastinya akan mendapat kehormatan dari bangsa-bangsa lain walaupun dari bukan Islam.

Dari susunan kata-kata yang diucapkan oleh Dato' Seri MB, terlihat sifat rendah diri beliau. Semoga Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan terus mentadbir Kerajaan Negeri Perak dengan berlandaskan prinsip-prinsip Islam agar beroleh keredhaan dari Allah s.w.t yang seterusnya membawa kepada kesejahteraan kepada Rakyat negeri Perak.

3 comments:

Anonymous said...

aminnn.. perak mmg best! hehe

President (wiir2000) said...

syukur la dpt dgr kuliah subuh yg best..
=D

aiyrie said...

to Faiz: Perak nombor satu.. hehe..

to President: best dan mencerahkan jiwa

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago