SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Sunday, October 12, 2008

MENUNGGU BUKU...

Assalamu'alaikum...

Beberapa hari yang lalu, saya telah menempah sebuah buku yang ditulis oleh Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim bertajuk "Travelog Dakwah: Meniti hari esok" (TD:MHE). Beliau juga telah menulis buku "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman" (TH:MSI).

Buku TH:MSI telahpun tamat saya baca beberapa bulan yang lalu, dan sekarang ia berada di dalam tangan "teman" saya buat pengisian jiwa. Buku ini sesuai dengan tajuknya, mampu mengubah sempadan iman seseorang. Saya menyarankan agar buku TH:MSI ini dibaca oleh setiap golongan terutama bagi mereka yang berada dalam keadaan resah gelisah. InsyaAllah jika kita membacanya untuk mendapatkan mutiara hikmah melaluinya, hati kita akan menjadi tenang.




Berdasarkan kandungan buku TH:MSI, saya beranggapan buku TD:MHE pastinya mempunyai pengisian yang lebih mantap. Jika TH:MSI ditulis berdasarkan pengalaman semasa proses menunaikan fardhu haji, buku TD:MHE pula ditulis berdasarkan pengalaman selepas penulisnya bergelar Haji.




Selain dari dua buku tersebut, ada beberapa lagi buku tulisan Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang lain yang telah diterbitkan terlebih awal dari TH:MSI dan TD:MHE, bahkan beliau juga aktif menulis di dalam blog beliau yang bertajuk Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan.

No comments:

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago