Assalamu'alaikum...
Hari ini, semasa melangkah masuk ke bilik selepas pulang dari kerja, saya melihat satu sampul pos express bersaiz A4. Saya tertanya-tanya, dari siapakah itu? Saya menyangkakan ianya dari Labuan. Tetapi melihat kepada tandatangan yang tertera, nyata ia amat jauh sekali dari nama individu yang berkemungkinan dari Labuan itu. Dari tandatangan itu, saya dapat membaca ia sebagai Shem. Saya kehairanan dan tertanya-tanya sendirian.
Lalu, saya mencari cop pos dari negeri manakah asalnya sampul tersebut. Johor.....
Bibir mengukir senyum....
Hati menjerit girang....
Lalu ku melihat bahagian belakang sampul tersebut...
Kelihatanlah nama yang tertera pada bahagian pengirim....
Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, UiTM Johor, Segamat....
Hati riang...
Jiwa tenang...
Tapi,
Fikiran masih melayang...
Kenapa ianya amat nipis?
Agak kecewa.....
Minda bertanya, takkan ia senipis ini?
Lalu kubuka sampul tersebut,
Ku keluarkan isinya,
Ku alihkan sampulnya,
dan ku perhatikan ia.....
Ilusi....
Setelah melihat ia, memanglah tidak tebal sekaki
Tapi sesuai sebagai pengisi
Jika terlalu tebal, mungkin kan jemu
terlalu nipis mengundang rindu
141 halaman insyaAllah isinya jitu.
Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok
Alhamdulillah...
Ianya telah selamat sampai ke pangkuan saya. Sebenarnya saya tidak menyangka saya akan mendapat memalui kiriman 100 yang pertama. Saya melihat tarikh buku tersebut ditandatangani oleh Prof. Muhd Kamil, 29/10/08. Lalu saya menyemak kembali posting Prof. Muhd Kamil tentang 100 naskhah. Nyata, tarikh posting tersebut bersamaan dengan tarikh tersebut.
InsyaAllah, esok saya akan memasukkan wang ke dalam akaun Prof. Muhd Kamil. Sebenarnya saya ingin memasukkannya semasa pulang dari kelas mengaji tadi, tetapi terlupa membawa nombor akaunnya. Alahai.... excited sampai hilang punca...
Semoga TD:MHE menjadi karya yang mengubah persepsi masyarakat terhadap Iman dan Takwa yang seterusnya menjadi satu sumber ilmu yang bermanfaat yang menjadi amal kebajikan buat penulisnya, penerbitnya, dan semua yang bertanggungjawab dalam penghasilannya sehingga ia mampu dipersembahkan ke khalayak ramai.
Saya meng-amin-kan doa Penulis, Prof. Muhd Kamil yang ditulis bersama tandatangan beliau....
Makbulkanlah doa kami, Ya Allah.....

Semoga ada manfaat.
Mudah-mudahan berjumpa di Syurga Firdaus...
Makbulkanlah doa kami, Ya Allah.....
No comments:
Post a Comment