SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Saturday, November 22, 2008

Travelog Dakwah Meniti Hari Esok - TDMHE

Assalamu'alaikum,

Saya telah menghabiskan pembacaan TDMHE lebih seminggu yang lalu. Niat awal hendak membuat ulasan tentang buku tersebut sejurus lepas tamat membacanya. Tapi apakan daya, banyak halangan yang membuat saya terpaksa menangguhkan penulisan ulasan terhadap buku tersebut.

Buku TDMHE tulisan Prof. Hj. Muhd Kamil bin Hj. Ibrahim adalah satu buku yang wajar untuk dimiliki oleh setiap umat islam yang memahami Bahasa Melayu. Ini kerana ia ditulis dalam bahasa tersebut. Penggunaan bahasa yang mudah dan pemilihan kata yang sesuai dengan jiwa menjadikan pembaca merasa dekat dengan penulis, bahkan kisah-kisah yang diselitkan dalam penulisan buku tersebut sememangnya amat dekat dengan kehidupan sehari-hari setiap manusia, sama ada yang berilmu [agama] tinggi mahupun yang jahil. Semua kisahnya amat signifikan.

Penulis juga acap kali mengajak khalayak pembaca merenung dan memikirkan tentang setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Yang mana setiap yang berlaku itu, sebenarnya menunjukkan kasih sayang Allah dan limpahan nikmat-Nya kepada manusia. "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" Sekiranya TDMHE dibaca dengan niat yang baik, insyaAllah anda akan dapat menghayati kehidupan dengan lebih tenang dan tenteram.

Saya merasakan tidak salah jika meletakkan buku TDMHE [dan juga buku TH:MSI] setaraf dengan buku Tasauf Moden tulisan Prof. Hj. Abdul Malik Karim Amrullah [Prof. HAMKA] dalam lapangan mendidik jiwa. Jika buku Tasauf Moden membincangkan tentang pembersihan jiwa secara teori [lagi penuh ilmiah], maka buku TDMHE [dan juga buku TH:MSI] pula memperlihatkan bagaimana cara mendepani setiap perkara tanpa tidak mengaitkannya dengan perancangan Allah secara praktikalnya. Bahkan, ia dilalui oleh seorang yang telah mendapat pendidikan yang bukan dari aliran agama.

Setiap perkara yang berlaku, sama ada baik atau buruk pada pandangan manusia pada dasarnya adalah merupakan satu ketentuan dari Allah. Buku TDMHE insyaAllah mampu menyedarkan kita tentang itu.

Setiap makhluk tiadalah sempurna melainkan ada kekurangan belaka. Kekurangan pada makhluk, menandakan kesempurnaan sifat makhluk padanya. Begitu juga buku TDMHE. Buku ini agak janggal jika dibaca tanpa membaca buku Travelog haji: Mengubah Sempadan Iman [TH:MSI] terlebih dahulu. Bahkan di dalam buku TDMHE ini juga ada beberapa kali disebut tentang buku TH:MSI tersebut. Ini boleh mendatangkan rasa tidak tenteram pada diri pembaca buku TDMHE ini selagi tidak membaca buku TH:MSI. Oleh itu dinasihatkan agar membaca dahulu buku TH:MSI sebelum memulakan bacaan buku TDMHE.

Akhir kata,
Semoga buku TDMHE menjadi amal yang bermanfaat buat penulis [Prof. Hj. Muhd Kamil bin Hj. Ibrahim] serta keluarganya yang sentiasa menyokong beliau, pihak penerbitan [PTS Islamika] yang telah berusaha keras bagi memastikan buku ini berada di pasaran dan para pembacanya.



2 comments:

Yazid Husain said...

aq kembali aktif. sila lawat.

aiyrie said...

Assalamu'alaikum,

Encik Yazid: Selamat kembali aktif berblog. Saya selalu melihat senarai capaian kat blog saya ni. Kalau ada blog yang baru update, dia naik atas. Mudahlah saya.

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago