SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Friday, January 30, 2009

Boikot - Antara keperluan dan kehendak

Assalamu'alaikum,

Isu kekejaman Israel di Palestin nyata tidak berakhir walaupn genjatan senjata telah berlaku. Sebagai umat yang peka dengan isu dan tinggi keprihatinan, pelbagai kaedah telah dilakukan oleh rakyat malaysia bagi membantu umat Palestin yang teraniaya. Derma, doa, demonstrasi, boikot dan segala macam kaedah telah digunakan. Sambutannya amat menggalakkan bagi yang benar-benar prihatin. Ini ternyata benar dengan tersebarnya e-mail senarai barangan yang wajar diboikot. Saya juga menyokong pemboikotan barangan yang nyata berkepentingan Zionis.

Dalam banyak-banyak senarai barangan berkepentingan Zionis yang telah saya dapat sama ada melalui e-mail, buletin friendster, blog dan pelbagai lagi, saya merasa teramat pelik. Ini kerana tiada satupun JENAMA ROKOK yang tersenarai. Apakah tiada satupun syarikat rokok yang berkepentingan Zionis? Pelik! Kerana setahu saya hampir setiap syarikat rokok adalah berkepentingan Zionis. Paling tidakpun ia berkepintingan British-Amerika [sekutu kuat Israel].

Dengan ini, saya mengajak anda-anda [terutamanya perokok] yang tidak mampu melarikan dari menggunakan barang keperluan yang terdapat dalam senarai berkepentingan Zionis, memulakan langkah menahan kehendak anda kepada rokok.

Fikir-fikirlah...........





TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    7 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    8 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    10 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    11 years ago