SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Sunday, February 8, 2009

"Melompat" Lebih Tinggi

Assalamu'alaikum,

Kata orang puteh, "don't jump to conclusion" jika diterjemahkan secara mudah ke dalam Bahasa Melayu akan menjadi "jangan melompat kepada kesimpulan".

Apa yang kita nampak, mungkin tidak seperti yang kita fikirkan.

Apa yang dikata, mungkin disalahtafsirkan. Atau mungkin tersalah mulut menyebutnya.

Yang benar di mata, tak semestinya benar di hati.

Pendek kata, "don't jump" atau Bahasa Melayunya "jangan melompat".

Berjalan tidak mengapa, melompat jangan.

Kita yang tak tahu apa-apa juga, jangan melompat. Baik kerana melatah dek terkejut, mahupun kerana ingin terjun. "Terjun padang". Terjun maknanya melompat dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah.

Hendakkah kita meletakkan diri ke tempat yang rendah? Saya tidak mahu. Lebih baik saya kekal di tempat saya. Tidak ke sana, tidak pula ke situ. Sebab apa? Sebab saya tak tahu mana yang akan mengangkat saya ke tempat [makam] yang lebih tinggi. Tersalah tempat, jatuh terjunamlah saya. Saya tidak mahu jatuh. Saya ingin melompat lebih tinggi.

Bagaimana ingin melompat lebih tinggi?

Serah pada yang berautoriti. Serah pada kepimpinan, jangan ambil tindakan sendiri. Kalau tak ikut kata pemimpin sendiri, betulkah dia ahli? Saya menyerahkan kepada kepintaran pemimpin.

Hendak lebih tinggi?

Serahlah kepada yang lebih berautoriti. Dia yang menjadikan setiap yang terjadi dan yang belum terjadi. Pendek kata, Dialah Yang Menjadikan seluruh kejadian. Apa kamu ingat Dia menjadikan peristiwa ini sebagai main-main? Tidak! Ingat, di Sana nanti Dia akan menyoal kamu. Kamu jawablah. Yang sudah mati itu sedang bersoal-jawab di Sana. kamu mungkin tak perlu menjawab soalan di Sini. Tapi di Sana, kamu tak dapat lari. Saya pun akan disoal juga. :(





1 comment:

Yazid Husain said...

Mari kita lompat-lompat

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago