SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Tuesday, February 10, 2009

Mimpi

Assalamu'alaikum,

Saya bermimpi. Mimpi yang pelbagai. Mimpi. Saya tidak maksudkan impian. Mimpi yang saya maksudkan ialah mimpi di kala tidur.

Mimpi saya pelik. Hendak kata menakutkan, tidak juga. Tapi ia membuat tidur jadi tak lena. Tidak mendapat tidur yang berkualiti. Ada haiwan-haiwan pelik yang menerjah ke dalam mimpi. Namun, lain malam lain haiwannya. Ular, halipan, makluk pelik pemakan apa sahaja [makhluk ini mengalahkan makhluk dari filem sains fiksyen, sampaikan konkrit dan besi pun dimakannya] dan entah apa-apa lagi.

Syaitan. Syaitan itu macam biasalah. Membisikkan kalimah-kalimah fitnah. Ada orang yang berkhianat terhadap diri ini, kononnya. Tapi perlukah kita percaya pada bisikan-bisikan syaitan ini? Tidak.

Hanya pada Allah sahajalah tempat kita memeohon perlindungan dari dengki khianat. Pendengki yang terbesar adalah Syaitan Iblis itu sendiri. Jadi, kenapa harus percaya pada bisikannya. Ia bukan ilham.

Kadang kala, bisikan itu benar. Benar, si anu mendajali kita. Disihirnya kita. Lalu si syaitan memberi "ilham" si anulah yang mendajali kita. Kita selidik. Oh! Benar. Si anu mendajali kita. Tapi siapa yang menjadi punca si anu mendengki kita. Tak lain dan tak bukan, si syaitan iblis tadi juga. Diadu-dombanya kita, sampai bergaduh. Bila silaturrahim putus, gumbiralah dia, si syaitan iblis tadi. "Aku menang!" katanya.

Kekandang, bila sakit yang tak ketahuan punca. Jumpa doktor, "sihat-sihat saja" katanya. Lalu berjumpalah kita dengan bomoh. Berubat.

Selepas ditilik-tilik dan ditenung-tenung oleh si bomoh, berkatalah si bomoh. "Di sebelah kampung kamu ada pondok di tepi tasek, orang yang dengki dengan kamu tak jauh. Rapat-rapat saja dengan kamu. Orangnya begini, dan begitu. Bertudung litup, tapi nampak tengkuknya. Jubahnya hitam, tapi agak ketat. Pandai menari tradisional.... dan sekian... dan sekian..."

Tapi ditambah pula ingatan "Tak perlulah tuduh sesiapa, yang tadi tu mungkin sahaja, yang penting kita berubat. Bila sihat lupakanlah sengketa"

Cilanat! [maaf, bahasa terkasar]. kalau tak hendak berlaku sengketa, jangan diterang sifat si pendajal. Bagi ubat. Setel.

Bila disebut sifat si pendajal, insyaAllah. Fitrah manusia pasti akan mencari sia dia. Mesti akan terfikir, "pondok di tepi tasek? bertudung litup dan berjubah ketat? Nampak tengkuk pulak tu, pandai menari tradisi lagi... ini mesti si Malika ni..."

Lalu, hasilnya hilanglah kemesraan antara yang berubat dengan si Malika. Lepas tu macam-macam lagilah si syaitan akan bisikkan. Contohnya, "patutlah si Malika ni asyik tunduk jer bila jumpa si Hasan. Ilmu tak selari ni" dan macam-macam lagi.



*****




Nasihat saya buat diri sendiri.

Mintalah pertolongan dengan Allah. Tuhan manusia, Raja manusia, Sembahan manusia. Minta pertolongan dengan-Nya dari bisikan-bisikan yang membangkitkan rasa dengki, khianat dan benci-membenci. Bisikan yang dibisikkan oleh Syaitan. Sama ada melalui jin [dalam bentuk rasa sangsi terhadap orang lain, atau fikiran jahat] mahupun melalui manusia [dalam bentuk yang dipertkatakan oleh bomoh].

Jika mendapat mimpi yang buruk, mintalah perlindungan dari Allah. Agar terhindar dari dengki khianat si pendengki. Baik pendengki dalam bentuk manusia, mahupun raja segala pendengki yakni Syaitan Iblis itu sendiri. Tak perlulah nak tahu siapa yang berdengki dengan kita tu. kalau kita sibuk nak tahu, senang la Syaitan nak cucuk jarum.

Banyakkanlah membaca Al-Qur'an. Sesungguhnya Al-Qur'an diturunkan oleh Allah untuk menjadi petunjuk buat manusia, juga sebagai penyejuk dan ubat bagi hati.


4 comments:

Yazid Husain said...

cermin mimpi

Anonymous said...

Salam Aiyrie.

Jika terasa ada macam-macam bisikan, maka baca surah An-Nas. Sangat bagus untuk menangkis was-was yang dibisikkan. Cuba juga Al-Falaq dan Al-Ikhlas. Berkesan.

Nasihat untuk diri sendiri itu amatlah berguna. Benarlah bahawa Al-Quran itu adalah ubat bagi hati. Oh, ya! Mengingati mati juga menghidupkan hati.

Sungguhlah bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata dan utama.

Baru teringat, Abqori jua pernah menulis tentang mimpi.

aiyrie said...
This comment has been removed by the author.
aiyrie said...

@Yazid
Tu lagu M Nasir...

@Abqori
Sedang cuba mengamalkan. Dapat ilmu sikit-sikit, kita kongsi. Masa nak tulis tajuk tu, teringat jugak tulisan Encik Abqori "Saya tidak akan takwil" tu.

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    7 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    8 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    10 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    11 years ago