SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Friday, February 13, 2009

Sambutan

Assalamu'alaikum,

Sebenarnya berat tangan ini hendak menulis. Bukan kerana apa. Saya tidak mahu mengingatkan sambutan yang akan dibuat pada tarikh 14 Feb, bahkan mengingatkan tarikh tersebutpun sebolehnya saya ingin hilangkan dari ingatan. Kalau mengingatkan tarikh 12 Rabi'ul Awal, terkenangkan Rasulullah tak apalah juga [walaupun ada pendapat mengatakan ianya bukan tarikh sebenar kelahiran Baginda Rasul, namun ia telah menjadi sinonim. Cumanya, kenapa kita hanya mengenangkan Baginda pada tarikh tersebut, kenapa tidak sepanjang tahun? Namun, lebih baik ada masa untuk kita refreshkan semula ingatan kita terhadap Baginda daripada tiada langsung] tapi bila tarikh 14 Feb ini, siapa pula yang akan kita kenangkan? Kekasih?

Hakikat 14 Feb telah jelas di depan mata. Walaupun pelbagai cerita yang saling bertentangan dijadikan hujah, yang pastinya sambutan tersebut berkait dengan sambutan keagamaan. Walau St. Valentine yang mana satu pun yang dikaitkan dengan terasasnya Hari Valentine, ia tetap orang keramat bagi agama Kristian.

Bagaimana sambutan ini disambut? Pelbagai!

Ada yang menyambutnya dengan kalimah-kalimah cinta. Ada yang menyambutnya dengan bertukar tular kad ucapan [termasuk ucapan melalui komen frienster dan seumpamanya] dan macam-macam cara lagi. Semoga saya tidak termasuk dalam golongan ini.

Bagi "anti" sambutan Velentine, diadakan ceramah-ceramah umum tentang cinta, forum-forum tentang cinta dan sebagainya yang akhirnya membawa kesimpulan, cinta bukan hanya pada hari velentine, bahkan cinta versi Valentine adalah cinta yang tak kena tempat. Dan pelbagai peringatan yang lain. Apakah perbezaan sambutan valentine cara begini dengan sambutan maulidurrasul? Satu persoalan yang perlu difikirkan bersama.

4 comments:

Faiz Faiza said...

Moga kita semua xtgolong dlm kaum-kaum yang rugi

Yazid Husain said...

9hb 3 ini mailidur rasul

selawat banyak2 tanda kasih kepada rasulullah

Anonymous said...

"Mereka mengambil ulama-ulama dan paderi-paderi mereka selaku tuhan-tuhan yang lain dari Allah."

(At-Taubah)

Kalau kita semua -umat Islam- faham dengan jelas ayat ini, maka tak ada sesiapa pun akan mahu menyambut perayaan berkenaan.

aiyrie said...

@Faiz Faiza
Ameen...
sama-samalah kita berdoa agar dimasukkan kita ke dalam golongan yang beruntung [di dunia dan akhirat]

@Yazid Husain
Yey! Hari Isnin yang cuti.
Isilah cuti itu dengan pengisian yang berguna.

@Abqori
Baru terperasan kaitan ayat tersebut dengan perayaan tu. Terima kasih atas perkongsian.
Semoga Encik Abqori dapat megutip sebanyak yang dapat mutuara ilmu di sana, dan jangan la pula lupa dikongsikan bersama orang di sini.

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    7 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    8 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    10 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    11 years ago