Assalamu'alaikum,
Agak agak, siapa yang lahir pada bulan ini? Kawan saya Encik Khalis Syafiq-kah, Encik Yusfeyruz-kah atau siapa-kah?
Bulan apa pula sekang ini? Bulan Februari-kah, bulan mengambang-kah atau bulan tersenyum?
Pada umumnya, kita di Malaysia akan lebih mengingati bulan-bulan dari kalendar Gregori. Amat jarang sekali yang akan mengingat bulan-bulan mengikut kalendar Hijri.
Besok, akan masuklah kita ke dalam bulan Rabiulawal. Ada apa dengan Rabiulawal?
Di dalamnya tercatat satu tarikh kelahiran Nabi junjungan, Muhammad s.a.w, nabi akhir zaman, penutup segala nabi.
Jadilah bulan ini, bulan memperingati baginda Nabi s.a.w.
Benar! Kita perlu mengingati baginda setiap masa. Tetapi bulan ini adalah bulan untuk kita menyegarkan semula ingatan, memperingatkan sesama insan, akan kemuliaan baginda. Memperingati jasa-jasa dan perjuangan baginda.
Lahirnya baginda pada hari Isnin dalam bulan ini. Masyhurnya pada tanggal 12 haribulan. Dek kerana masyhurnya tarikh itu, diambillah ia sebagai tarikh umum untuk sambutan di Malaysia.
Bagaimanakah caranya sambutan maulid itu? Adakah dengan cara bergembira? Adakah dengan rasa hiba? Adakah dengan acara-acara lagha?
Sambutlah ia dengan penghayatan. Menghayati sirah baginda Rasul s.a.w.
Sambutlah ia dengan rasa keharuan atas pengorbanan baginda dan para sahabat dalam menegakkan Islam.
Sambutlah dengan rasa syukur kerana dengan kelahirannya, terbuktilah benar akan janji-janji Allah [bahkan janji-janji Allah akan sentiasa benar adanya].
Maka, perbanyakkanlah ucapan selawat dan salam ke atasnya. Tanda syukur atas kurnia Ilahi.
Renunglah kembali sirahnya, agar terkesan di hati.
Tegakkanlah kembali sunnahnya, agar menjadi amalan diri.
Semoga Allah merahmati kita hasil dari tuntunan baginda Rasul, Muhammad s.a.w.

***SALAM MAULIDURRASUL***
1 comment:
ingat
Post a Comment