SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Wednesday, July 29, 2009

Sedikit Kemaskini

Assalamu'alaikum,

Telah lama saya tidak membuat kemaskini di mana-mana blog saya. Entah apa salahnya (banyak salah yang telah saya lakan, yang membuat diri saya hilang punca), segalanya kelam. Bukan tiada idea yang hendak dikupaskan, bahkan terlalu banyak. Tetapi tiada hati hendak membuat kemaskini.

Dalam masa saya tidak mengemaskini blog, bukanlah bermakna tiada apa yang saya lakukan. Saya masih menghadirkan diri ke kelas mengaji Al-Qur'an di Malim Nawar.

Atas permintaan seorang kenalan di tempat mengaji Al-Qur'an itu juga, saya telah mangajar Subjek Kimia SPM. Adalah lima orang pelajar, termasuk anak kenalan saya itu. Tempatnya tidak lain dan tidak bukan, adalah di rumah kenalan saya itu juga. Saya mengajar di situ pada hari Sabtu bermula jam tiga petang.

Pada pagi hari Sabtu jam sembilan setengah pagi pula saya mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah Maahad Tahfiz di Malim Nawar. Saya bukanlah orang yang berkelayakan untuk mengajar bahasa Inggeris ini. Tetapi bak kata Pepatah Melayu tiada rotan, akar berguna juga. Harap-harap, janganlah akar ini terputus.

Saya berdoa agar segala usaha saya ini mendapat berkat dari Allah, Tuan Punya Ilmu yang dipinjamkan kepada saya. Tiadalah saya pandai mengajar, namun atas kurnianya dapatlah saya belajar untuk mengajar.

1 comment:

Yazid Husain said...

tambah wang pendapatan

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    7 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    8 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    10 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    11 years ago