Assalamu'alaikum,
Tiada ucapan yang lebih sukar diluahkan selain dari ungkapan Terima Kasih dan Maaf.
Saya mengambil kesempatan yang masih ada ini untuk memohon kemaafan atas segala salah dan silap saya selama ini.
Sebagai manusia yang serba kekurangan, tiadalah dapat saya menahan diri ini dari melakukan dari pelbagai kesalahan. Tidak kira yang kecil atau yang besar. Semuanya saya minta dimaafkan.
Kepada rakan-rakan, maafkanlah segala kesalahan saya. Halalkanlah makan, minum dan pakai. Terutamanya rakan-rakan serumah seksyen 7, Shah Alam. Dikwan, ShafQ, IsQ, Amyr, Shah, Kamal, Zaki, MatYus, Zaki Hasan, Sablidi dan kesemuanya yang pernah serumah di situ. Oh! Tidak lupa juga kepada Encik Yazid.
Begitu juga kepada rakan-rakan sebilik. Semasa di Pulai Arau dan di SMTSR. Terlalu ramai jika hendak disebutkan satu persatu.
Kepada sahabat-sahabat yang rapat dengan saya, pastinya lebih banyak kesalahan saya terhadap kalian. Meor Yusfeyruz, Khalis Syafiq, Dikwan, Zuliadi, Hazhman, Hasrul Nizam, Riduan Khalidin dan Asri Noruddin dan kesemuanya. Maafkanlah salah dan silap saya.
Juga terima kasih kerana menjadi sahabat saya. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan kalian.
Juga rakan-rakan blogger yang tidak pernah bersua muka. Maafkan salah dan silap saya. Andai saya terkurang adap dalam bicara dan tersalah bahasa dalam melontar idea. Tawel Sensei, Faiz Hamsidi, Saladin Convoy, Abqori, Ramadhan, Jojoe Ali dan semua yang lain. Maaf saya pinta. Tak lupa, ucapan terima kasih kerana berkongsi idea.
Kepada semua yang mengenal diri saya, maafkanlah diri saya ini. Terlalu banyak kekurangan pada diri saya yang tak mampu saya sembunyikan. lalu tempiasnya terkena pada kalian. Maafkanlah segala kekurangan saya.
Buat S****A,
Semoga berbahagia. Maaf atas segalanya.
Ya Allah...
Aku tidak mampu berjumpa dan memohon maaf dari mereka secara bersemuka. Aku mohon pada-Mu ya Allah. Kiranya, dengan ilham dari-Mu dapatlah mereka-mereka yang pernah aku lakukan kesalahan padanya, memaafkan diriku ini. Dan Engkau ampunkanlah dosa-dosa mereka dan dosa-dosaku. Sesungguhnya aku telah memaafkan mereka. Dan aku pohon pada-Mu, agar Engkau kurniakan rasa redho padaku, terhadap kenangan-kenangan bersama mereka. Janganlah Engkau biarkan aku disesatkan oleh setan-setan yang sentiasa membisikkan kata-kata kebencian. Amin.. Ya Rabbal 'Alamin.

No comments:
Post a Comment