Bila mendengar seorang yang hendak belajar agama mengatakan kepada bakal gurunya, "Uztaz, kenapa hendak ambil bayaran? Bukankah ilmu agama ini milik Allah?" Adakah dia menyangkakan ilmu kimia, ilmu pengurusan dan lain-lain ilmu yang "bukan agama" itu milik manusia? Hujahnya mudah "kalau dulu-dulu, belajar agama ini percuma". Tidakkah dia tahu bahawa pelajar agama dulu-dulu sanggup mengabdikan diri menjadi pembantu gurunya. Betapa ikhlas pelajar dahulu, adakah kita seikhlas mereka?
Mudahnya kita mengukur keikhlasan. "Mengajar agama pun minta bayaran, tidak ikhlaslah itu". Sedangkan si guru berpenat lelah hendak memahamkan muridnya itu yang belajar sambil lewa.
Namun, bila untuk keseronokan. Sanggup berhabis. Sedangkan keseronokan itu hanya sementara. Jika untuk bergaya sanggup juga berhutang piutang, sedangkan bergaya menarik perhatian mata yang jahat.

No comments:
Post a Comment