SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Tuesday, August 24, 2010

DERMA UNTUK ANAK YATIM

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh berkat. Rahmat dan kasih sayang Allah terlimpah secara berganda-ganda pada bulan ini. Salah satu amalan yang sangat-sangat digalakkan untuk dilakukan pada bulan ini ialah bersedekah.

Prof. Dr. Muhd Kamil bin Ibrahim ada mewar-warkan di dalam blog beliau, Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan, tentang derma untuk anak yatim di daerah segamat. [Tabung derma ini telah ditutup pada 26/08/2010 dan maklumat terkini tentangnya boleh disemak di sini]. Jika ada yang mengetahui maklumat lain tentang mereka yang memerlukan, bolehlah dikongsikan bersama.

Bersedekahlah walau dengan sebiji kurma. Ini kerana jika kita menyumbang sebiji kurma, dan ada 99 orang lain lagi yang menyumbang sebiji kurma ia telah menjadi 100 biji kurma. Begitu juga jika kita menyumbang RM10 dan diikuti pula oleh 99 orang yang lain, maka ia telah menjadi RM1000.

Nilai sedekah di sisi Allah adalah relatif. Jika seorang jutawan menyumbangkan RM1000 belum tentu pahalanya lebih besar dari seorang fakir yang menyumbangkan 50sen. Namun, niat yang ikhlas menjadi penentu yang tidak kelihatan.

Semoga semua amal yang kita lakukan di bulan Ramadan ini dipandang oleh Allah dengan kasih sayangNya.

No comments:

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago