SEKADAR PESANAN

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu, bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati

....sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti.....

***TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat***

Mutiara Hadith

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Thursday, October 27, 2022

Sepurnama di New York?

 Assalamu'alaikum.


"Jadi beda, sepurnama di New York dengan sepurnama di Indonesia?"

Begitulah kata-kata Cinta kepada Rangga apabila bertemu setelah lebih sepuluh tahun ditinggalkan Rangga tanpa berita.


Maka blog ini juga sudah seperti Cinta yang ditinggalkan Rangga. Lebih daripada sepuluh tahun. Tepatnya sudah melangkau 12 tahun ia tidak diisi dengan aksara baru.


Bukanlah tiada rasa rindu, namun entah apa yang menjadikan jari-jemari kaku. Patutkah aku kembali menulis di sini?


Rasa bagai perlu. Blogspot ini setia walaupun dibiar sayu, dia tetap begitu. Tiada posting yang hilang atau berubah rupa. Tidak seperti media-media sosial yang lain. Ada yang hilang begitu sahaja bak Friendster yang lupakan kawan, atau menjadi sangat lain seperti Myspace dan Hi5.

Kerana setianya dia, maka harus dibalas agar kita tak dituduh bagai kacang lupakan kulit.


Doakan saya istiqamah menulis di sini.


No comments:

TULISAN SAYA

TUMPANG TEDUH

HEMBUSAN UKHWAH

  • 12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...
    8 years ago
  • Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa? - (Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game *Pokémon* mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia....
    9 years ago
  • Terbitnya buku ABQORI - Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Blog ABQORI ini...
    11 years ago
  • Money as grow - Money management is crucial. As crucial as the education must be start from the toddler ages. There a time when I was young, when I found that the money m...
    12 years ago