Siapakah yang lahir di bulan?
Adakah orang yang lahir di bulan?
Ini bukan tentang sesiapa yang lahir di bulan. Namun tentang aku yang lahir di bulan November.
Setiap tahun, bulan November pasti setia hadir selepas bulan Oktober. Belum pernah lagi selepas Oktober langsung ke bulan Disember.
Pada tanggal 5 hari bulan November setiap tahun meningkatlah umur aku, bertambah satu berbanding tahun yang sebelumnya. Tahun ini, genaplah usia aku 40 tahun mengikut Kalendar Matahari.
Jadi, apakah yang patut aku lakukan pada bulan ini?
Semoga saki-baki umur yang ada ini sentiasa dalam petunjuk Ilahi.
No comments:
Post a Comment